PELAMIN

Berikut adalah contoh pelamin yang boleh dijadikan ilustrasi kepada idea pelamin anda. Harus diingat, kami akan sentiasa memperbaharui gaya dan rupa pelamin mengikut trend semasa. Bakal mempelai boleh lah memberikan input kepada kami sekiranya anda mempunyai idea dan style pelamin anda sendiri. Anda juga digalakkan untuk memberi contoh pelamin idaman anda, dengan membawa foto dari majalah atau sumber-sumber lain. Perbincangan bersama kami untuk pelamin idaman anda adalah dialu-alukan sepanjang masa untuk memastikan kepuasan hati anda. Sebarang khidmat nasihat yang kami berikan adalah secara percuma.